Showing posts with label Tudung Ekin Chiffon Labuci. Show all posts
Showing posts with label Tudung Ekin Chiffon Labuci. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Produk baru : Tudung Permaisuri manik belah + more ekin ori selendang + more tudung ekin chiffon labuci


Salam..

Sudah beberapa hari blog ini tak update dengan stok terbaru muhasabah trading serta tambahan produk terkini. Kami  sedang mengemas, menghias serta mengatur koleksi tudung, jubah serta blouse di dalam kedai pakaian muslimah kami. Kedai outlet kami boleh dikunjungi di lot G-16 (tingkat bawah), Hentian Bas Maharani (bersebelahan Hotel Muar Traders).

Apa yang syok, jika anda mengunjungi kami bersama suami terchenta, nereka boleh duduk santai dengan menikmati pemandangan sungai Muar, sambil menghirup hembusan angin segar.. :)

Ok, kembali kepada koleksi terkini Muhasabah Collection. Produk yang baru dimasukkan (& ditambah) adalah Tudung Ekin Selendang ori labuh, tudung ekin chiffon labuci 3 segi, serta tudung permaisuri belah bermanik (labuh).

Untuk melihat produk terkini, layari http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Collection.






Thursday, February 26, 2009

Tudung Ekin Ciffon labuci (3 segi) BTECL

Produk terkini Muhasabah Collection menyajikan tudung ekin berlabuci. Kain yang digunakan adalah kain sifon 2 lapisan, awningnya pula menggunakan sutera Thai (Thai silk). Apa yang menarik untuk tudung ekin sifon labuci ini adalah warna awningnya adalah sama dengan warna labuci yang dijahit mengelilingi tepi tudung di bahagian bawah. Labuh daripada bahagian bawah dagu hingga ke hujung bucu tudung adalah lebih kurang 45 cm.


Ringkasan:

Nama tudung - Tudung Ekin Chiffon Labuci
Material - Kain sifon dan thai silk (awning)
Ukuran - +/- 45 cm bawah dagu hingga ke hujung bucu tudung.
Harga - RM 20.00
Kos penghantaran - PERCUMA (semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)
Singapore / Brunei ; USD $ 2.00
Kod produk - BTECL



Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 01





Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 02






Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 03






Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 04






Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 05






Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 06






Tudung Ekin Ciffon labuci : BTECL 07

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...