Friday, October 9, 2009

Koleksi terbaru Tudung Dato' Siti Nurhaliza


Tudung koleksi terbaru Muhasabah Trading yang diinspirasi daripada gaya pemakaian tudung oleh Dato' Siti Nurhaliza dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan. Tudung ini diperbuat menggunakan kain jojet nipis dibahagian luar, manakala bahagian dalamnya pula adalah daripada kain spandex. Keistimewaan tudung ini adalah kerana ia dibuat bercantum, memudahkan pemakaian. Dengan hanya menyarungkannya, kemudian pinkan bahagian bawah dagu untuk disesuaikan dengan saiz muka anda. Ukuran labuh dari bahagian dagu ke bawah adalah lebih kurang 20" (51.5 cm).


Sepengetahuan saya, tudung CT ini asalnya adalah direka oleh Bernard Chandran, pereka fesyen terkenal tanahair. Semenjak kebelakangan ini, tudung Siti Nurhaliza ini telah menjadi trend dan ikutan pemakai tudung di Malaysia. Hiasan batu-batu 'permata' halus dan kecil, menaikkan seri wajah dan pastinya makcik dan sepupu anda akan 'jeles' bila anda memakainya! :P

Saya dalam proses 'shooting' gambar-gambar koleksi penuh tudung Siti Nurhaliza ini. Baru beberapa helai sempat diambil dan dimasukkan ke dalam ebay store. Nantikan koleksi penuh tudung CT menjelang tengahari.

Wasalam.
Muhasabah Trading.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...