Friday, January 29, 2010

Karnival Ulangtahun Jubli Perak Pasar Tani FAMA daerah Melaka Tengah 2010

Salam,

Kami kini berada di tapak Pasar Tani DESARAYA, Kandang, Melaka (di tepi lebuhraya AMJ -Melaka / Muar) bermula Khamis hingga Ahada ini (28 - 31 januari 2010). Karnival diadakan bersempena sambutan 25 tahun Pasar tani FAMA. Pelbagai produk boleh didapati di sini khususnya produk IKS seperti kek, dodol, coklat, barangan basah harian dan pelbagai lagi. Juga terdapat di sini pelbagai koleksi batik sutera asli dari Kelantan, koleksi tudung dan produk agro (baja/ set fertigasi).

Jika anda berada di kawasan Melaka mahupun Muar, sila singgah ke gerai jualan kami bagi mendapatkan koleksi tudung dengan harga murah (juga borong) serta pelbagai koleksi jubah, baju kurung serta baju blouse dengan potongan harga 20%. Jika anda ke sana, jangan lupa beritahu kami anda menjumpai promosi melalui laman blog Muhasabah Trading ini.

Jumpa di sana

Monday, January 18, 2010

Koleksi Terkini 2010 : Tudung Oval batu manik kristal

Salam semua,

Koleksi tudung kali ini dikenali dengan nama tudung ovul batu manik kristal atau tudung pusing. Cara memakai tudung oval ini ialah dengan menarik bahagian bawah tudung di dada dan memusingkannya (dan diletak) kebahagian atas bahu. Ini adalah salah satu daripada kesinanbungan tudung 'instant'.

Keistimewaan tudung ovul batu manik kristal sudah pasti pada hiasan batu-batu kristal yang terdapat di bahagian dada, belakang dan juga awning (topi). Tudung ovul batu manik kristal ini dibuat menggunakan kain spandex lycra, yang pastinya lembut dan selesa. Kelebihannya pula, anda tidak perlu menggosok untuk memakainya kerana sifat kain spandex lycra ini yang 'jatuh' (mungkin anda perlu menggosok ketika pertama kali memakai).


Basuhan tangan sahaja - penggunaan mesin basuh adalah dilarang kerana ini akan menyebabkan batu-batu kristal itu tercabut. Selepas membasuh, hanya gantungkan dan anda boleh terus memakainya pabila kering.



Harga yang ditawar adalah :

RM 25 sehelai untuk belian 1 - 3 helai, (+pos PERCUMA ke seluruh Malaysia - termasuk Sabah / Sarawak)
RM 23 sehelai untuk belian 4 - 6 helai, (+pos PERCUMA ke seluruh Malaysia - termasuk Sabah / Sarawak)
RM 20 sehelai untuk belian 7 - 10 helai, (+pos PERCUMA ke seluruh Malaysia - termasuk Sabah / Sarawak)
RM 18 sehelai untuk  belian 11 helai ke atas, (+pos PERCUMA ke seluruh Malaysia - termasuk Sabah / Sarawak)

Untuk belian harga borong, anda perlu membeli 20 helai dimana harganya menjadi RM15 sehelai (+pos PERCUMA ke seluruh Malaysia - termasuk Sabah / Sarawak). Untuk belian secara borong, anda TIDAK BOLEH memilih warna kerana tudung datang dalam campuran kombinasi warna. TIDAK boleh menukar stok yang tidak habis dijual KECUALI rosak. Emel kami di muhasabah.trading@yahoo.com untuk belian borong.

Thursday, January 7, 2010

KOLEKSI tudung terkini

Salam,

Saya sedang memasukkan semula koleksi tudung yang telah sedia ada ke dalam ebay store secara berperingkat. Koleksi 2010 masih belum dapat dimasukkan sebab belum menjalani sessi fotografi. Juga akan dimasukkan koleksi baju blaus kontemporari berkonsepkan sentuhan gaya Dato' Siti Nurhaliza. Ada yang murah, dan ada juga yang mahal sedikit. Ada yang dijual sebagai single piece sahaja (top only), dan ada juga yang datang sebagai sepasang (baju blaus dan kain).

Bagi anda yang masih belum menjadi subscriber blog ini, dijemput berbuat demikian dengan memasukkan emel anda ke dalam kotak 'Feedburner' yang berada di sebelah atas kanan blog ini. Tujuannya adalah bagi memastikan setiap entri terkiri blog Muhasabah Trading : muslimah clothing akan sampai terus ke dalam kotak emel anda. bagi anda yang gemarkan main farmville facebook, bolehlah menjadi FAN Muhasabah Trading. Insyaallah anda akan mendapat update secara terus dan lebih cantik di 'wall facebook' anda.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Tuesday, January 5, 2010

Koleksi Jubah Terkini gaya kontemporari corak abstrak organik Sifon

Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak abstrak kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai butang, memastikan ia tidak mengeloboh dan terlalu labuh. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.

Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan sifon, menyerlahkan rekaan jubah dress moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji dan juga untuk pakaian ke pejabat.

2 lapis kain (bercantum) - sifon





Muhasabah Collection brings you this brand new batik dress abaya suits for career women. Comes with abstarct pattern with beads decoration around the collar. The wrist comes with buttons and beads decorations as well. This jilbab designed with the touch of Malay Traditional modern style dress. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons, office wear, annual dinner - Eid Mubarak and anytime you like.

material - 2 layers of fabric attached - chiffon

Sunday, January 3, 2010

Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010

Salam buat semua.

Ini merupakan entry pertama blog Muhasabah Trading pada tahun 2010 ini. Tahun baru, semangat baru dan semestinya kami juga ingin tampil dengan produk-produk serta koleksi-koleksi fesyen terkini. Tak kira samada koleksi fesyen jubah, koleksi fesyen tudung, mahupun koleksi fesyen baju kurung moden.

Kedai Online Rasmi : http://muhasabahtrading.com/store/



Sebelum ini saya memang tidak mahu menambah koleksi kami dengan fesyen baju kurung modern, tetapi atas permintaan serta 'demand' yang agak tinggi, saya cuba masukkan dahulu beberapa pasang. Baju kurung moden yang baru sahaja saya ambil ini boleh didapati dalam saiz 38 dan 40 sahaja (untuk yang berbadan remaja / kecil / kurus / 'slim-slim' sahaja buat masa ini). Insyaallah lain kali kami akan menambah saiz-saiz serta rekaan corak yang lain dari masa ke semasa.








Warna yang ada pula adalah warna ungu-merah, merah-oren, serta hijau-coklat, manakala material atau kain yang diguna adalah kain sifon diluar serta kain spandex sebagai lining / inner baju kurung moden ini. Bahagian lengan (tangan) diperbuat mengikut trend 'tangan CT' beserta dengan butang untuk mengkancingnya. Leher ke dada pula dihiasi dengan jahitan manik-manik yang tersusun rapi dan cantik,




Harga yang biasa ditawar dibutik-butik serta kebanyakan kedai-kedai di luar sana adalah dalam lingkungan RM 120 - RM 180 manakala harga yang kami tawarkan dalam ebay store Muhasabah Trading hanyalah RM 110, termasuk penghantaran PERCUMA keseluruh Malaysia. Memang harga yang ditawar murah, munasabah dan berpatutan, memandangkan anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses penghantaran (menggunakan pos laju). Kualitinya dijamin setanding dengan yang ada di ruang pameran butik-butik ternama.


Sila layari ebay store Muhasabah Trading
untuk melihat gambar-gambar yang lebih jelas untuk koleksi baju kurung ini.

Ukuran saiz 38 dan 40 baju kurung modern corak abstrak

Jika sudah berkenan di hati, apa tunggu lagi? Daftar dengan ebay.com.my dan BUY IT NOW, sementara stok masih ada. Siapa cepat dia dapat kerana stok adalah terhad. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan pindahan wang / ATM / CDM (cash deposit machine) ke akaun maybank saya. Sila emel selepas pembayaran dibuat.

Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...