Thursday, March 15, 2012

Koleksi terkini Selendang pashmina shawl LV pattern


 






Salam buat semua,

Koleksi selendang pashmina shawl LV pattern ini merupakan stok yang terlaris dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Selendang pashmina shawls in datang dalam pelbagai warna yang 'blend' dengan baju yang anda pakai kerana motifnya merupakan corak logo LV, dan bukannya corak bunga yang serabut.

Jadi, apa tunggu lagi, jangan segan untuk tengok koleksi penuh selendang pashmina shawl LV ini dan buat tempahan dalam butik online kami ye.

Wednesday, March 14, 2012

Koleksi inner cotton neck











ukuran inner cotton neck


Asslamualaikum wbt buat semua.

Kali ini saya kongsikan koleksi inner cotton neck yang ada dalam stok kami. Pembelian terendah ialah rm7 untuk sehelai, dengan penghantaran masih lagi kekal percuma untuk seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Yang menarik tentnag inner ini, sudah tentu sebab sifat cotton yang menyerap peluh. Kedua pula, ia dapat meneymbunyikan leher kita jika menggayakan samada selendang, mahupun pashmina shawl sebagai hijab.


Sunday, March 11, 2012

New Stock Koleksi Terkini Selendang Pashmina Shawl Burberry pattern





koleksi selendang Pashmina checkered  klik 





Salam semua,

Kami baru sahaja mendapatkan stok terkini koleksi selendang pashmina shawl 'Burberry pattern' seperti stok sebelum ini. Walau bagaimanapun, yang lebih menarik, stok kali ini tampil dengan beberapa warna tambahan (extra colors) yang lebih ceria.

Tnapa bercerita panjang, sila ke kedai online kami, koleksi selendang Pashmina checkered  klik 

Tuesday, March 6, 2012

Bisnes internet dan promosi perniagaan




Salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dihormati.

Saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskini blog ini, memutuskan untuk menukar arah hala tuju blog ini bermula hari ini. Kewujudan blog ini pada asalnya khusus untuk mempromosikan segala jenis cabang perniagaan, tak kira samada bisnes online, offline, affiliate dan juga pelbagai promosi produk perniagaan.

Namun kemudiannya, saya mengkhususkan promosi blog ini hanya kepada koleksi pakaian muslimah semenjak 2008 sehinggalah Februari 2012. Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya fokus kepada niche koleksi tudung, selendang, pashmina, jubah, kurta, salwar kameez dan juga blouse.

Oleh kerana saya berasakan pentingnya penjenamaan MuhasabahTrading.com , maka secara rasmi, segala urusan diletakkan dibawah satu payung, iaitu untuk blog, di http://blog.muhasabahtrading.com/ , manakala untuk kedai online kami, di http://www.muhasabahtrading.com/store/ .

Sejajar dengan itu, blog ini akan memberi ruang kepada segala bentuk sumber perniagaan online, offline, promosi affiliate, dropship dan juga tips-tips dan info yang berkaitan dengan bisnes. kami juga berharap agar Allah swt memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini, disamping membuka ruang dropship kepada dropshipper yang berminat untuk berniaga.

Akhir kata, kami berdoa kepada Allah swt agar segala urusan kami diatas dunia dan akhirat dipermudah. Kami juga berharap agar usaha kami dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan juga mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Amin


Sham aka samdaddycool
Melaka
7 Julai 2012 M
14 Rabiul Akhir 1433 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...