Sunday, July 22, 2012

Pen Al-Quran Digital 30 juzuk




1) Ia Sangat Mudah Digunakan!

Jika anda risau memikirkan bagaimana untuk menggunakan Pen Al-Quran Digital ini kerana anda tiada pengalaman teknikal, anda tidak perlu merasa bimbang kerana pen ini sangat mudah digunakan.

Anda hanya perlu meletakkan pen digital tersebut di mana-mana surah yang anda inginkan, dan pen ini akan membacanya untuk anda. Mudah bukan? Ya, ia lebih mudah jika dibandingkan ketika anda mula-mula belajar A-B-C :)


2) Dilengkapi 30 Juzuk Al Quran, Iqra' & Doa Harian!

Al-Quran Digital ini lengkap bacaan Al Quran iaitu sebanyak 114 surah (30 juzuk) beserta bacaan untuk mempelajari Iqra' & doa-doa harian terpilih dalam Bahasa Arab.


3) Terjemahan 2 Bahasa!

Di samping dapat mendengar bacaan Al-Quran, Pen Al-Quran Digital ini juga dilengkapi dengan fungsi terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


4) Bacaan daripada Imam besar Masjidil Haram & Qari Terpilih.

Melalui Pen Al-Quran Digital ini, anda boleh mendengar, mempelajari & menghayati bacaan Al Quran daripada Imam Besar Masjidil Haram & Qari terpilih seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud.

Anda juga boleh merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan daripada Imam & Qari terpilih yang telah disediakan.


5) Bacaan Berdasarkan Pilihan & Sentuhan Pen Anda!

Keistimewaan UTAMA Pen Al-Quran Digital ini ialah ia boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya dengan menyentuhkan sahaja mata pen ini pada mana-mana Ayat atau Surah, secara automatik ia akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih. Sungguh mudah!


6) Berfungsi Sebagai 'MP3 Player' !

Pen Al-Quran Digital turut dilengkapi dengan USB Cable yang berfungsi sebagai 'MP3 Player' untuk memainkan lagu-lagu seperti nama-nama Allah, nasyid, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam Pen Al Quran digital anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...