Tuesday, March 6, 2012

Bisnes internet dan promosi perniagaan




Salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dihormati.

Saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskini blog ini, memutuskan untuk menukar arah hala tuju blog ini bermula hari ini. Kewujudan blog ini pada asalnya khusus untuk mempromosikan segala jenis cabang perniagaan, tak kira samada bisnes online, offline, affiliate dan juga pelbagai promosi produk perniagaan.

Namun kemudiannya, saya mengkhususkan promosi blog ini hanya kepada koleksi pakaian muslimah semenjak 2008 sehinggalah Februari 2012. Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya fokus kepada niche koleksi tudung, selendang, pashmina, jubah, kurta, salwar kameez dan juga blouse.

Oleh kerana saya berasakan pentingnya penjenamaan MuhasabahTrading.com , maka secara rasmi, segala urusan diletakkan dibawah satu payung, iaitu untuk blog, di http://blog.muhasabahtrading.com/ , manakala untuk kedai online kami, di http://www.muhasabahtrading.com/store/ .

Sejajar dengan itu, blog ini akan memberi ruang kepada segala bentuk sumber perniagaan online, offline, promosi affiliate, dropship dan juga tips-tips dan info yang berkaitan dengan bisnes. kami juga berharap agar Allah swt memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini, disamping membuka ruang dropship kepada dropshipper yang berminat untuk berniaga.

Akhir kata, kami berdoa kepada Allah swt agar segala urusan kami diatas dunia dan akhirat dipermudah. Kami juga berharap agar usaha kami dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan juga mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Amin


Sham aka samdaddycool
Melaka
7 Julai 2012 M
14 Rabiul Akhir 1433 H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...