Tuesday, October 31, 2017

Resepi sup tulang daging Noxxa

Assalamualaikum wbt.

Kali ni post khas untuk para penggemar sup daging / sup tulang Noxxa.

Part paling menarik pastinya masa memasak dapat dipendekkan,  iaitu 45 minit sahaja untuk daging betul-betul lembut. Timer pula akan berhentikan masakan secara automatik. Tiada risiko kuah kering atau melimpah sekiranya masakan ditinggal lama atas dapur.

Kredit buat ckk.
===========================
SUP TULANG/DAGING NOXXA
(By ‍ Cik Kiah Kicen)
Step 1 : Rebus Tulang/daging
1 kilo tulang + daging
2 inci halia - ketuk
1 sdt - garam
Air
‍ masukkan dalam innerpot dan set HP45 minit ( ckk mmg suka rebus lama sbb gigi dh x kuat. Suka yg lembut supaya kemam2 pastu telan )
.
Tips:
☝ masa adalah subjektif ya ikut kita set brp masa. Range sekitar 30-45 minit. Lebih dr tu sila check getah piyok sbb mungkin dh longgar.
✌ ckk tak tumis sekali dgn bawang dn lain2 sbb selepas rebus ckk nak buang lemak2. Caranya dgn meletakkan ais didalam mangkuk/senduk dan letak atas air rebusan tulang. Lemak akan melekat dibhgn bawah mangkuk dan  tertarik keluar. Kolestrol tuuu 
.
Step 2: Tumis Sup
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1" halia- dimayang
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dn bunga lawang)
2 sdb Rempah sup
3 batang serai - titik
1 inci lengkuas - ketuk
1 sdt lada sulah
1 sdt lada hitam - kasar
Garam & minyak
.
‍mode SF, panaskan minyak.
‍ masukkan rempah tumis diikuti bawang merah, putih dan halia. Goreng hingga naik bau.
‍ masukkan serai , lengkuas dan  sedikit air rebusan tulang.
‍ bila dah didih masukkan rempah sup, lada sulah dan lada hitam.
‍ akhir sekali masukkan daging dan perasakan garam. Tutup dan set LP 3 minit.
.
Tips:
☝ jika kuah kurang tambah air panas ya.
✌ kuah tu kene rasa dulu tahap kemasinan sblm tambah garam sbb masa rebus td kita dh letak garam.
 ckk tak letak MSG ya... ☺️
.
Step 3: Hiasan hidangan
Daun bawang
Daun Sup
Bawang goreng
.
‍ masukkan sup dlm mangkuk, tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
.
Tips:
☝ Kalau suka sup siam, letakla daun ketumbar, tomato, kentang dan perah sedikit limau nipis. Tp ckk suka sup kampung jer. Macam zaman mak2 kita masak.
.
#cikkiahkicen
#ckkstorimori
#bukuresepickk
#resepiperiuknoxxa
#noxxa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...