Showing posts with label abaya. Show all posts
Showing posts with label abaya. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Nursing dress Jubah Abaya crepe high quality


http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=28_70&products_id=629
kod item : NDJA001  
color code: BURGUNDY


Kali ini kami tambil dengan koleksi jubah dress nursing friendly (sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi). Ia dilengkapi dengan zip pada bahagian kiri dan kanan dada, membolehkan anda menyusukan bayi dengan mudah, tanpa perlu bersusah payah menyingkap jubah dress ini.

Design yang dipadankan dengan kain crepe high quality, dengan disulami kain lace bpada bahagian atas, menampakkan citarasa yang elegan dan bergaya. Sesuai digayakan untuk pakaian pejabat, musim perayaan, mahupun pada majlis-majlis kenduri kendara.

Jubah dress ini juga mempunyai zip di kedua-dua bahagian tangan, bagi memudahkan proses berwudu' (mengambil air sembahyang).

Harga sepasang bagi jubah dress nursing ini hanya RM139, dengan pengeposan percuma ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekirangnya berminat, sila klik pada gambar jubah dress yang menjadi pilihan hati, dan anda akan dibawa ke laman butik online kami untuk proses bayaran.
Ataupun, hanya whatsapp no kode item beserta bukti bayaran kepada +6013-765 9294.













zip pada bahagian dada (nursing)  memudahkan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi


wudu' friendly, zip yang boleh dibuka hingga hampir ke bahagian  siku memudahkan proses mengambil air sembahyang (wudu' friendly)
    
http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=28_70&products_id=630 
kod item: NDJA005
kod warna : color code NEW GREEN

 
http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=28_70&products_id=628
kod item: NDJA004
kod warna : color code : NUDE BRIDGE




http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=28_70&products_id=627 
kod item: NDJA003
kod warna : color code : BLACK
 

http://muhasabahtrading.com/store/index.php?main_page=product_info&cPath=28_70&products_id=626 
kod item: NDJA002 
color code : DUSTY GREY



Friday, October 22, 2010

Koleksi Jubah Terkini chiffon organik abstrak






Jubah moden daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak kontemporari abstrak. Terdapat hiasan hiasan manik dijahit mengelilingi kolar leher dan juga di pergelangan.. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.
Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan- sifon

Saiz 42, 44, 46 
Warna : Hijau, Turquoise, biru dan merah (merah jambu)

Sila ke SINI untuk senarai penuh.

















Thursday, December 10, 2009

Koleksi Jubah Batik Dress sentuhan gaya baju kurung modern










 Bagi peminat dan pemakai jubah, kali ini kami menampilkan koleksi terkini Muhasabah Trading iaitu jubah batik (dress) dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Sekali pandang, ramai yang menyangka ini adalah baju kurun moden, tetapi ia sebenarnya adalah jubah dress iaitu hanya msekali sarung sahaja dan anda bersedia untuk ke majlis perkahwinan, ke pejabat mahupun untuk waktu-waktu santai.

Apa yang lebih menarik, jubah dress batik ini sangat sesuai untuk majlis makan malam (annual dinner) yang kebanyakkannya dibuat menjelang penghujung tahun. Bagi pekerja sektor kerajaan, semestinya jubah batik ini sangat bertepatan dengan hari Khamis - pemakaian wajib batik ke pejabat.

Terdapat 4 warna dalam koleksi kami iaitu warna biru muda, merah jambu (pink), oren terang dan juga ungu (purple). Saiz yang ada terdiri daripada saiz 40, 42, 44, 46, 48, dan 50. Stok adalah terhad. Layari ebay store kami untuk senarai harga dan paparan penuh saiz yang ada di

http://stores.ebay.com.my/Muhasabah-Trading


 

Wednesday, November 18, 2009

Koleksi Jubah Saiz Kanak-kanak / Remaja / Wanita bertubuh kecil - THAI SILK

Beberapa pasang koleksi jubah bersaiz 32 / 34 / 36 baru sahaja dimasukkan ke dalam ebay store kami. Harap maaf kerana online store kami tidak dapat dilayari. Saya pun tidak tahu maslah sebenar. Memang syarikat hosting ini bermasalah, telah beberapa kali server mereka down, menyebabkan senarai barangan kedai online kami tidak dapat dipapar.

Ok, berbalik kepada jubah saiz kecil ini, terdapat hanya beberapa stok terhad dalam koleksi simpanan kami. Siapa cepat, dia dapat, terutama untuk anak remaja anda bagi menyambut Aidil Adha tidak lama lagi. Penghantaran biasanya mengambil masa 2 hari hingga ke 3 hari selepas pembayaran dibuat, bergantung waktu pembayaran dan juga jadual saya. Insyaallah, penghantaran masih lagi PERCUMA untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

Layari koleksi jubah kanak-kanak jojet / chiffon / thai silk untuk senarai penuh.


Tuesday, November 10, 2009

Update : Tambahan dan kemas kini senarai koleksi jubah

Salam.

Proses mengemaskini dan memasukkan senarai koleksi jubah sedang berjalan dengan giat. Kami juga cuba mengurangkan kesalahan serta kekeliruan dari segi ukuran dan saiz jubah labuh kami. Setiap pembelian daripada online store kami semestinya akan mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Ini berikutan kami tidak dikenakan sebarang 'charge' berbanding jika pembelian dan penyenaraian dibuat di dalam ebay.com .

Sila layari http://store.MuhasabahTrading.com untuk koleksi terkini jubah kami.

Abaya Thai Silk abayah koleksi jubah labuh d.green sz 48 XL

Abaya Thai Silk abayah koleksi jubah labuh d.green sz 48 XL


Abaya Thai Silk abayah koleksi jubah labuh purple sz 46 XL

Abaya Thai Silk abayah koleksi jubah labuh purple sz 46 XL


Abaya Chiffon Dress abayas abayah jubah labuh dark brown sz M

Abaya Chiffon Dress abayas abayah jubah labuh dark brown sz M

Tuesday, October 13, 2009

Koleksi Jubah Hitam berbunga sulam, sesuai untuk jemaah haji wanita


Salam,

Koleksi jubah untuk kali ini terdiri daripada himpunan jubah-jubah berwarna hitam yang diperbuat menggunakan kain jojet lembut satu lapis. Kesemua jubah berwarna hitam tetapi yang membezakan antara satu sama lain adalah desain warna-warna sulaman yang berbeza, terdiri daripada biru, hijau, kelabu, merah, ungu dan biru laut. Bagi setiap set desain jubah, saiz yang ada terdiri daripada saiz L - 42, XL - 46 dan XXL - 50.


Jubah hitam ini amat sesuai bagi jemah haji dan umrah yang ingin membuat persiapan awal sebelum berangkat ke tanah suci. Senarai penuh kedai online akan dikemaskini sebentar lagi.

Sunday, October 4, 2009

Jubah labuh corak batik : gaya baju kurung moden








Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading ini didatangkan dengan corak batik kontemporari dengan sentuhan gaya baju kurung moden. Hujung lengan mempunyai 'grip' getah. Terdapat hiasan labuci pada bahagian hadapan serta hiasan manik dijahit mengelilingi leher. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.




Penggunaan material 2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon, menyerlahkan rekaan jubah moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji, pakaian ke pejabat khususnya kakitangan kerajaan yang diwajibkan memakai batik pada hari Khamis.



Ukuran labuh - 52" inci ( 130 cm) Labuh





2 lapis kain (bercantum) dengan lapisan luar - polyster, manakala lapisan dalam - sifon

Layari http://store.muhasabahtrading.com/ untuk senarai penuh ( akan diupdate sebentar lagi)



Monday, September 14, 2009

Last Minute Shopping before Eid


Salam,


First of all, I do apologize for not updating this blog and Muhasabah Trading Muslimah Clothing online store. It is hard for me to coupe with the offline and online job because I have to focus on the offline sales and put aside the online market. I admit, it is very though job for me to manage them all, as I have to do photo shoot for those abaya and headscarves, handle the shipment, manage and monitoring payments, do retails and setup our new shop at Tangkak (Ledang town). Besides, I have to take care of my wife during her time warded in Muar Hospital ast week. Anyway, Alhamdulillah, everything has back to normal and I will try not to disappointing our loyal customers.

If any of you are going to spend last Ramadhan at Muar town, I would like to invite you all to visit us at Tanjung Emas ,Muar- Expo Ramadhan. We are going to be there start from today (Tuesday) untill 7th day of Hari Raya Aidilfitri (probably). See you there!


Salam kepada semua, Harapan saya agar anda semua dapat menghabiskan penghujung Ramadan ini dengan jayanya. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat mengemaskini blog dan senarai tudung serta jubah (kanak-kanak) di dalam ebay store, mahupun kedai online Muhasabah Trading. Saya agak kesuntukan masa dalam mengemaskini perniagaan online & offline, mengambil gambar, muat naik, mengepos serta mengemas dan membersihkan kedai baru kami yang akan mula beroperasi di no 20, tingkat 1, Bangunan aked MDT, Hentian Bas Tangkak.

Tambahan pula, saya berulang alik ke Hospital Muar kerana isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad tempohari- langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandungan yang telah memasuki 8 bulan. Asalnya, beliau merasa sakit perut yang amat sanagat. Tapi syukur beliau telah keluar dan semuanya selamat. Insyaallah selepas ini segalanya akan kembali kepada rutin asal.


Justeru dikesempatan ini, saya ingin menjemput para pengunjung blog ini, para pelanggan semua serta sesiapa sahaja yang terbaca 'entry' ini, untuk mengunjungi gerai kami di ekspo Ramadhan Tanjung Emas Muar. Sekiranya anda menghabiskan bulan puasa atau beraya di Muar dan juga kawasan serta daerah berhampiran. Kami akan bermula hari ini dan berkemungkinan sehingga hari raya yang ke 7.

Wednesday, September 9, 2009

Senarai koleksi jubah dengan harga murah

Salam,

Selepas mengambil kira kos yang berkurangan kerana menyenaraikan koleksi jubah di dalam Muhasabah Trading online store kami sendiri, saya mengambil keputusan untuk memberikan harga diskaun untuk senarai koleksi jubah. Apa yang menariknya, harga tersebut membolehkan anda membuat bisnes dengan menjual jubah-jubah tersebut kepada rakan sepejabat, jiran atau sanak saudara.


Dropship dihentikan buat sementara waktu hingga waktu sesuai yang akan diumumkan kelak.


Saya cuba memberikan harga serendah mungkin , dengan kos penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah PERCUMA, ditanggung oleh pihak kami. Anda tak perlu gusar tentang masa penghantaran yang akan mengambil tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Ini adalah kerana kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.









Apa yang kami cuba wujudkan disini adalah konsep perniagaan 'dropshipping', dimana anda tidak perlu menyimpan stok atau melakukan pembungkusan, malahan tak perlu mengepos. Konsep dropship ini juga akan meberi kemudahan kepada anda untuk berniaga dengan keadaan 'tanpa modal sebenar' .

  • Bagaimana konsep dropship kami?
  • 1. 'Print out' gambar daripada online store kami (untuk offline) / hantar email kepada kenalan / buat 'entry' di blog anda.
  • 2. Terima tempahan pelanggan, seterusnya anda buat pembayaran kepada kami sebelum pukul 1 tengahari dan kami poskan hari itu juga. Seterusnya jubah akan sampai ke tangan anda atau alamat yang dipinta.
  • 3. Sila nyatakan alamat 'daripada pengirim' - jika bukan untuk dihantar kepada anda. Ini untuk menyenangkan pihak Pos Laju 'return item' sekiranya barangan tidak dapat dihantar kepada penerima.
  • 4. Anda juga boleh mendapatkan 'harga borong' ini untuk kegunaan sendiri.
Sila ke www.MuhasabahTrading.com untuk senarai koleksi jubah labuh kami.

Kami akan cuba secepat mungkin untuk menyenaraikan (gambar belum ambil lagi.. :P) :

  • 1. koleksi jubah kanak-kanak kain jojet (pattern Arab).
  • 2. koleksi jubah kanak-kanak kain sutera Thai bersulam.
  • 3. koleksi jubah kanak-kanak kain sifon gaya Siti Nurhaliza.

Thursday, September 3, 2009

PLUS SIZE ABAYA : Jubah Labuh untuk saiz besar

Brand New stylish contemporary embroidery Chiffon Abaya Dual tone bigger size
Jubah Labuh moden sulam Sifon dwi ton warna saiz besar



Muhasabah Collection brings you this brand new abaya for muslimah. Comes with nice embroidery pattern on the collardown to bottom. The wrist also comes with embroidered pattern. Suit for leisure, special ocassion, festive seasons - Eid Mubarak and anytime you like. This pattern are made for bigger size women.
material - 2 layers of chifon fabric with dual tone



Jubah labuh muslimah daripada koleksi Muhasabah Trading. Didatangkan dengan corak moden sulaman pada bahagian leher, membentuk satu garisan ke bawah. Hujung lengan dihiasi corak sulaman. Rekabentuk terkini dan moden, mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa.
Bagi rekaan ini, ia dibuat untuk golongan wanita bersaiz besar. Penggunaan material 2 lapis kain sifon dengan 2 ton warna menyerlahkan rekaan jubah moden ini. Sesuai digayakan untuk waktu santai, majlis keramaian, Hari Raya Puasa dan Haji serta bila-bila masa sahaja.
2 lapisan kain sifon 2 ton warna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...