Showing posts with label offline. Show all posts
Showing posts with label offline. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Uptown Bandar Maharani 2010


Salam semua,

Uptown Bandar Maharani secara rasminya akan bermula pada tanggal Jumaat, 17 Disember 2010. Seterusnya akan menjadi acara mingguan untuk hari Jumaat dan Sabtu. Lokasi uptown ini akan bertempat di Jalan Sisi, Muar.

Muhasabah Trading merasa bertuah dapat menyertai para peniaga lain memeriahkan karnival jualan uptown ini. Bagi para pelanggan dan pembaca blog Muhasabah Trading, kami menjemput anda semua memeriahkan uptown ini, yang bermula seawal 6 petang hingga jam 1.00 pagi.

Jumpa kami di sana!

Monday, September 14, 2009

Last Minute Shopping before Eid


Salam,


First of all, I do apologize for not updating this blog and Muhasabah Trading Muslimah Clothing online store. It is hard for me to coupe with the offline and online job because I have to focus on the offline sales and put aside the online market. I admit, it is very though job for me to manage them all, as I have to do photo shoot for those abaya and headscarves, handle the shipment, manage and monitoring payments, do retails and setup our new shop at Tangkak (Ledang town). Besides, I have to take care of my wife during her time warded in Muar Hospital ast week. Anyway, Alhamdulillah, everything has back to normal and I will try not to disappointing our loyal customers.

If any of you are going to spend last Ramadhan at Muar town, I would like to invite you all to visit us at Tanjung Emas ,Muar- Expo Ramadhan. We are going to be there start from today (Tuesday) untill 7th day of Hari Raya Aidilfitri (probably). See you there!


Salam kepada semua, Harapan saya agar anda semua dapat menghabiskan penghujung Ramadan ini dengan jayanya. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat mengemaskini blog dan senarai tudung serta jubah (kanak-kanak) di dalam ebay store, mahupun kedai online Muhasabah Trading. Saya agak kesuntukan masa dalam mengemaskini perniagaan online & offline, mengambil gambar, muat naik, mengepos serta mengemas dan membersihkan kedai baru kami yang akan mula beroperasi di no 20, tingkat 1, Bangunan aked MDT, Hentian Bas Tangkak.

Tambahan pula, saya berulang alik ke Hospital Muar kerana isteri saya telah dimasukkan ke dalam wad tempohari- langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandungan yang telah memasuki 8 bulan. Asalnya, beliau merasa sakit perut yang amat sanagat. Tapi syukur beliau telah keluar dan semuanya selamat. Insyaallah selepas ini segalanya akan kembali kepada rutin asal.


Justeru dikesempatan ini, saya ingin menjemput para pengunjung blog ini, para pelanggan semua serta sesiapa sahaja yang terbaca 'entry' ini, untuk mengunjungi gerai kami di ekspo Ramadhan Tanjung Emas Muar. Sekiranya anda menghabiskan bulan puasa atau beraya di Muar dan juga kawasan serta daerah berhampiran. Kami akan bermula hari ini dan berkemungkinan sehingga hari raya yang ke 7.

Monday, May 4, 2009

Apa khabar semua?

Salam,

Lama rasanya saya tak update blog muhasabah Trading : Muslimah Clothing ni. Saya agak sibuk berniaga secara offline (pasar malam dan juga pasar tani). Stok pun dah lama saya tak tambah. Saya mempunyai lebihan stok setelah memberi cuti panjang kepada pekerja saya di kedai disebabkan bisnes yang agak merudum. Maklumlah, ekonomi meleset, orang pun berhati-hati untuk berbelanja membeli tudung. Tambahan pula, semakin ramai saya lihat peniaga barangan lain beralih angin menjual tudung. Jadi persaingan yang tinggi wujud si situ.

Satu lagi yang saya perasan, beberapa peniaga kedai telah pun menutup kedai masing-masing untuk dijadikan sebagai stor simpanan tudung dan kain pasang. Mereka juga telah mula menjaja di pasar-pasar malam. Memang terasa bahangnya kemelesetan ekonomi kali ini.

Apa-apa pun, saya masih bersyukur kerana dapat meneruskan perniagaan, dan berjuang bagi mencari sesuap nasi. Persaingan tetap wujud, jatuh bangun pula adalah rencah mengharungi dunia perniagaan. Tapi bukan senang mahu senang, bukan susah untuk susah. Ketabahan serta kesabaran amat perlu, disamping doa dan tawakal kepada Allah swt. Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana. Segala aturan yang dibuatNya ada seribu satu hikmah.

Store ebay saya telah dikemaskini dengan tambahan stok serta 'relist item' bagi beberapa barang yang terjual, tetapi pembelinya tidak membayar setelah lebih kurang 2 minggu pembelian. Ada juga stok tudung yang saya tambah (kebanyakkannya telah terjual untuk pattern yang sama). Tudung yang dimasukkan adalah koleksi tudung-tudung gaya ekin. Saya juga akan cuba dapatkan koleksi tudung permaisuri yang terkini dipasaran. Ebay store juga akan ditambah dengan beberapa kemeja batik yang ada dalam stok saya, serta yang akan saya hasilkan sendiri (canting).

Saya juga bercadang untuk menambah bilangan jubah putih bagi memberi kemudahan kepada para jemaah yang ingin menunaikan umrah. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan saya cuba dapatkannya. Doakan saya.

Selamat mengharungi hari yang mendatang dan berdoa serta tawakal agar kita dihindari dari segala malapetaka, terutamanya wabak selsema babi. Sama-sama kita berdoa agar ekonomi dunia amnya serta ekonomi Malaysia umumnya, pulih dan melonjak naik... Amin.

Friday, March 27, 2009

Finally .....

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan izinNya, saya telah berjaya mendapatkan seorang pekerja (Seha) untuk outlet Muhasabah Trading : muslimah collection di Bandar Muar. Hari ini saya tidak pergi berniaga di pasar malam kerana menguruskan susunatur tudung, menerangkan satu persatu kepada Seha, pelbagai aspek dari segi pengurusan kedai, khidmat pelanggan, harga, tawar menawar dan 1001 macam perkara lagi.

Stok baru jugasempat saya buka dan upload mana yang sempat sebentar tadi. Tak banyak yang saya dapat masukkan kerana tak buat sessi fotografi untu koleksi tudung. Mana yang dah ada dalam simpanan khazanah laptop, saya upload (relist) item yang dah terjual. Kebanyakkannya tudung ekin sarimah (corak) sahaja...

Oklah, dah mengantuk, malam semakin lewat, esok pagi kalau ada rezeki, saya akan ke Parit Sulong, untuk pasar pagi pula. Sepanjang hujung minggu, rutin saya memang agak ketat. maklumlah, orang lain cuti, jadi mereka datang membeli belah. Saya pula sibuk berniaga. Pukul 3 petang ada majlis harijadi anak saudara pula.. (nasib baik sempat beli hadiah malam tadi). Lepas tu bergegas ke pasar malam Pesta Muar pula...

Insyaallah, saya akan cuba dapatkan design, pattern serta latest tudung pada hari Isnin, seterusnya upload dalam ebay store.

Doakan saya berjaya.. Insyaallah.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...