Showing posts with label pressure cooker. Show all posts
Showing posts with label pressure cooker. Show all posts

Tuesday, October 31, 2017

Resepi sup tulang daging Noxxa

Assalamualaikum wbt.

Kali ni post khas untuk para penggemar sup daging / sup tulang Noxxa.

Part paling menarik pastinya masa memasak dapat dipendekkan,  iaitu 45 minit sahaja untuk daging betul-betul lembut. Timer pula akan berhentikan masakan secara automatik. Tiada risiko kuah kering atau melimpah sekiranya masakan ditinggal lama atas dapur.

Kredit buat ckk.
===========================
SUP TULANG/DAGING NOXXA
(By ‍ Cik Kiah Kicen)
Step 1 : Rebus Tulang/daging
1 kilo tulang + daging
2 inci halia - ketuk
1 sdt - garam
Air
‍ masukkan dalam innerpot dan set HP45 minit ( ckk mmg suka rebus lama sbb gigi dh x kuat. Suka yg lembut supaya kemam2 pastu telan )
.
Tips:
☝ masa adalah subjektif ya ikut kita set brp masa. Range sekitar 30-45 minit. Lebih dr tu sila check getah piyok sbb mungkin dh longgar.
✌ ckk tak tumis sekali dgn bawang dn lain2 sbb selepas rebus ckk nak buang lemak2. Caranya dgn meletakkan ais didalam mangkuk/senduk dan letak atas air rebusan tulang. Lemak akan melekat dibhgn bawah mangkuk dan  tertarik keluar. Kolestrol tuuu 
.
Step 2: Tumis Sup
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1" halia- dimayang
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dn bunga lawang)
2 sdb Rempah sup
3 batang serai - titik
1 inci lengkuas - ketuk
1 sdt lada sulah
1 sdt lada hitam - kasar
Garam & minyak
.
‍mode SF, panaskan minyak.
‍ masukkan rempah tumis diikuti bawang merah, putih dan halia. Goreng hingga naik bau.
‍ masukkan serai , lengkuas dan  sedikit air rebusan tulang.
‍ bila dah didih masukkan rempah sup, lada sulah dan lada hitam.
‍ akhir sekali masukkan daging dan perasakan garam. Tutup dan set LP 3 minit.
.
Tips:
☝ jika kuah kurang tambah air panas ya.
✌ kuah tu kene rasa dulu tahap kemasinan sblm tambah garam sbb masa rebus td kita dh letak garam.
 ckk tak letak MSG ya... ☺️
.
Step 3: Hiasan hidangan
Daun bawang
Daun Sup
Bawang goreng
.
‍ masukkan sup dlm mangkuk, tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
.
Tips:
☝ Kalau suka sup siam, letakla daun ketumbar, tomato, kentang dan perah sedikit limau nipis. Tp ckk suka sup kampung jer. Macam zaman mak2 kita masak.
.
#cikkiahkicen
#ckkstorimori
#bukuresepickk
#resepiperiuknoxxa
#noxxa

Tuesday, July 11, 2017

Resepi pulut kuning Noxxa

Biasanya hidangan pulut kuning disediakan pada majlis-majlis istimewa contohnya seperti pernikahan, kenduri keyukuran, potong jambul dan sebagainya.

Apa terjadi kalau bila last minit baru teringat nak buat pulut kuning untuk majlis.
Jangan bimbang, dengan periuk ajaib pressure cooker Noxxa, menanak beras hanya mengambil masa yang sangay singkat.

Jom tengok resepi pulut kuning noxxa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...